widget
widgets

Saturday, February 8, 2014

Pemeriksaan Arteriografi Renalis


  •  pemeriksan imejing Radiodiagnostik Intervensional sistem pembuluh darah A. Renalis dengan menggunakan media kontras.

A. Indikasi
       Proses desak ruang (SOL) pada ginjal.
       Stenosis A. Renalis.
       Vasculair mapping pra dan pasca transplantasi ginjal pada donor maupun resepien.
       Tumor dan tersangka tumor ginjal.
B. Kontra Indikasi
       ( sama dengan yang tercantum pada Prosedur Standar Pemeriksaan Angiografi - Teknis Umum ).




Apakah itu arteriografi?
Arteriografi adalah suatu pemeriksaan pembuluh darah arteri dengan menggunakan X-ray selepas menyuntik medium kontras ke dalamnya melalui satu tiub berongga dengan bentuk khas yang dikenali sebagai kateter. Arteri yang berisi medium kontras kelihatan legap di bawah sinaran X-ray, dan ini akan menghasilkan suatu bayang yang dapat diperolehi atas filem X-ray atau sebagai satu imej digital. Arteri yang boleh diperiksa termasuk arteri anggota badan (dikenali sebagai angiografi anggota atas dan bawah badan), arteri otak (angiografi karotid) dan arteri yang lebih besar di dada dan abdomen, termasuk cabang-cabang mereka . Arteriografi pembuluh jantung (angiografi koronari) biasanya dilakukan di Malaysia oleh pakar kardiologi.

Mengapakan saya mungkin memerlukan arteriografi?
Arteriografi akan dilakukan apabila sebarang keganjilan berhubungan dengan pembuluh darah disyaki. Ini mungkin bagi diagnosis (contoh mencari punca pendarahan dalam otak), untuk siasatan sebelum sesuatu pembedahan(contohnya dalam bakal penderma ginjal) atau untuk prosedur intervensi terapeutik (seperti embolisasi malformasi arteriovena). Arteriografi boleh dilakukan ke atas kebanyakan orang jika diperlukan. 
Apakah prosedur sebelum arteriogram dan apakah langkah berjaga yang perlu dilakukan sebelum sebuah arteriogram?
Prosedur ini tidak disyorkan bagi pesakit yang mengalami masalah pendarahan. Jika pemeriksaan ini sangat diperlukan bagi rawatan pesakit ini, maka masalah pendarahan ini perlu dirawat dahulu sejauh boleh. Kadang kala, arteriogram dilakukan untuk mencari punca pendarahan dalam badan.
Seperti sebarang prosedur intervensi yang lain, arteriografi juga mempunyai risiko. Pihak doktor mesti mengetahui sejarah perubatan pesakit dengan rapi. Kebenaran mesti didapati daripada pesakit sebelum arteriogram boleh dilakukan.  
Apakah persediaan yang diperlukan bagi sesuatu arteriogram?
Pesakit mungkin dimasukkan ke dalam hospital sehari sebelum pemeriksaan tersebut ataupun seseorang boleh menjalani prosedur ini sebagai pesakit luar. Pesakit mesti berpuasa malam sebelum prosedur. Walau bagaimanapun, jika pesakit sedang mengambil sebarang ubat seperti untuk kencing manis atau tekanan darah tinggi, dinasihatkan bahawa ubat tersebut dimakan dengan sedikit cecair. Terdapat juga beberapa ubat yang perlu diberhentikan sebelum pemeriksaan.  Pesakit dinasihatkan memberitahu pihak doktor mengenai SEMUA ubat yang dimakannya. Kawasan yang biasanya dicucuk bagi memasuki kateter, adalah groin (bahagian atas peha), walaupun Pakar Radiologi mungkin boleh memilih lengan tangan atau ketiak. Kulit di kawasan prosedur akan dijalankan akan dibersihkan dan dicukur dahulu.
Sebelum pemeriksaan, satu sedatif yang lemah diberikan kepada pesakit demi mengurangkan kerisauannya serta menolong pesakit tidur. Pesakit boleh mengantuk dan pesakit boleh tidur semasa prosedur dijalankan.  
Apa dan siapa terlibat dalam sesuatu arteriogram?
Beberapa orang akan hadir dalam bilik pemeriksaan dan mereka semua terlibat dalam prosedur tersebut. Mereka termasuk Pakar Radiologi, seorang penolong, juru radiografi/X-ray dan seorang jururawat. Selepas diletakkan pada meja X-ray, cadar yang steril akan diletakkan di atas pesakit dan pesakit akan dinasihatkan untuk menyimpan tangannya di bawah cadar. Pakar Radiologi akan memberitahu pesakit perkara yang sedang berlangsung semasa prosedur tersebut.  
Kawasan yang akan dicucuk akan dibersihkan. Sedikit anestetik setempat akan diberi bagi mengebaskan kawasan tersebut dan ini mungkin sakit pada permulaannya. Satu potongan kecil (4-6mm panjang) dibuat di kulit dan sebilah jarum digunakan untuk menembus arteri. Melalui jarum ini, satu wayar panduan (guidewire) akan dilalukan dan kemudian jarum ini dikeluarkan. Satu keteter kemudian dimasukkan menyarungi wayar panduan ini dan dimasukkan ke dalam arteri. Pakar Radiologi kemudian akan menghalakan kateter ke dalam arteri untuk pemeriksaan. Pada masa ini, lampu bilik boleh dimalapkan demi menolong Pakar Radiologi melihat monitor dengan lebih baik. Pergerakan kateter melalui arteri tidak patut dirasai. Medium kontras kemudian akan disuntikkan dan imej (X-ray) diambil. Setelah semua imej yang diperlukan sudah diperoleh, kateter dikeluarkan dan doktor akan menekan kawasan jarum dicucuk bagi sepuluh minit sehingga pendarahan berhenti.  
Semasa pemeriksaan, anda mungkin akan berasa sensasi hangat semasa medium kontras disuntik atau sedikit perasaan tidak selesa pada kawasan jarum dicucuk apabila doktor memanipulasi keteter.  
Apa yang akan berlaku selepas prosedur?
Anda akan dibawa balik ke bilik anda. Adalah dinasihatkan bahawa si pesakit tidak cuba menggerakkan bahagian bawah badan atau kakinya bagi masa 8 hingga 12 jam bagi mengelakkan gumpalan darah pada tempat jarum dicucuk terkeluar. Pihak doktor atau jururawat akan sering memeriksakan tempat pemeriksaan demi memastikan pendarahan di bawah kawalan serta memeriksa bagi sebarang kesan sampingan, jika ada. Jururawat ataupun orang yang menjaga si pesakit perlu diberitahu jika si pesakit berasa kawasan groin bengkak atau pendarahan keterlaluan berlaku.  
Apakah masalah yang mungkin timbul akibat prosedur ini?
Seseorang mungkin boleh mengalami hematoma pada kawasan jarum dicucuk jika pendarahan tidak dikawal. Pesakit juga boleh berkencing lebih akibat medium kontras yang disuntik. Walau bagaimanapun, masalah kurang berlaku kerana Pakar Radiologi yang terlibat dalam prosedur ini terlatih untuk menjalankan prosedur ini dengan rapi

No comments:

Post a Comment